Thursday 31 March 2011

Zaman Persekolahan

Tiba-tiba aku teringat zaman muda-muda aku.Maksud aku zaman persekolahan aku la.Dah beberapa bulan aku tinggalkan zaman persekolahan.Rindu gler..Masa sekolah x sabar2 nak habis sekolah cepat2,dah habis sekolah rindu pulak..

Aku nak cerita pasal lewat masuk kelas atau ponteng kelas.Aku selalu jugak la lambat masuk kelas.Ponteng kelas tu kadang-kadang je.Tu pun kalau keadaan memaksa aku berbuat demikian.haha.

Jangan lewat pergi kelas ataupun ponteng kelas sebab nanti cikgu korang akan benci korang.Bukannya tak boleh nak pergi kelas lewat atau ponteng kelas.Boleh.Aku pun selalu jugak buat bende2 macam ni(Tapi kepada pelajar yang skema dan asyik berkepit  dengan buku je 24 jam,tak sesuai bagi mereka untuk melakukan perkara2 kurang sihat ini)

Kalau nak pergi lewat ke kelas atau pun ponteng kelas,kenalah rancang strategi dulu.Kenalah bagi alasan yang logik kat cikgu sebab sekarang cikgu2 semuanya dah maju.Maklumlah zaman dah berubah,dunia dah maju,cikgu pun dah maju skali.Kalau setakat alasan2 budak skolah rendah  macam sakit perut,tolong cikgu angkat barang,ingatkan ari ni ari sabtu,sibuk jaga anak bini kat umah,tolong orang tua lintas jalan(aku rasa alasan ni nampak matang sikit),memang tak boleh la nak tipu cikgu.

Tapi ari tu aku lambat pergi sekolah dan lambat masuk kelas.Cikgu tu pun tanyelah kenapa aku lambat.Pastu aku cakap la kereta ayah aku rosak,hantar kat bengkel.Cikgu tu pun suruh aku duduk dan beliau langsung x marah aku sebab dia ingatkan aku datang skolah naik kereta ayah aku.Padahal aku pergi skolah naik kereta mak aku,bukannya kereta ayah aku.Kereta ayah aku tu rosak dua hari lepas la.Aku lewat pergi sekolah pasal aku bangun lewat,tak ade kaitan langsung dengan kereta ayah aku yang rosak.

Pengajaran:Tak baik la ponteng kelas......

Lewat Ke Kelas

Tiba-tiba je aku rasa nak cerita pasal aku lewat ke kelas.Aku tak adalah lewat sangat.Tapi disebabkan aku tunggu kawan aku yang memang lewat sebab dia bangun lewat,aku pon jadi lewat.Kawan sejatilah katakan.

Cerita ni bermula di dalm tandas.(pelik bunyinya)Aku menunggu kawan aku yang berada kat dalam tandas tu yang sedang memacakkan rambutnya.(Ni memang rutin harian dia)

"WOI,kita dah lewat ni.Dah pukul 7.30.habislah kita kalau kantoi dengan warden"aku menjerit padanya dengan penuh sopan.

Bukan senang nak ke kelas kalau dah lewat.Kejap lagi mesti ada warden check block.Kalau kitorang dapat lepas daripada warden pun,lepas tu mesti kitorang kena berhadapan dengan guru yang tengah mengajar dalm kelas pulak.Adoi!!

Vroomm!Vroomm!(bunyi motor warden)Kitorang pon duduklah dalam dorm senyap2.Ade ke patot kawan aku tu sorokkan kepala dia bawah katil.Dia kata nak buat macam burung unta.Pastu dia cakap dia nak tiru cite ape entah yang dia tengok minggu lepas.Xkan dia x pernah tengok iklan astro tu yang ada budak perempuan tu cakap"otak burung unta lebih kecik dari matanya".Dia ingat menyorok macam burung unta tu bijak sangat ke.Dahlah burung unta tu pon x berapa nak bijak.Entah2 otak kawan aku tu sama je saiz dengan otak burung unta.

Lepas tu bunyi motor warden tu pun dah x ada.Aku pun tengok keadaan kat luar dorm untuk pastikan sama ada line clear ke x.Aku terus memerhatikan keaadaan sekeliling menggunakan pandangan stereoskopik(stereoscopic vision).Line dah clear,pastu kitorang pon lari.lari laju2 sebab kitorang dah lambat giler.

Saat kitorang berlari keluar dari blok kitorang terdengar orang ketawa.Rupa-rupanya warden tu yang ketawa.Warden tu ketawa bunyi memang menakutkan(yang ini aku x tipu)Aku x tahulah kenapa warden aku ketawa macam hantu.Dia suka tengok cite hantu kot.Atau mungkin cikgu tu hepi kot sebab kitorang kantoi jugak dengan dia.

Apa kitorang buat?xkan kitorang nak menyerah diri kat warden tu.X cool la.(tapi aku rasa memang kitorang patut serahkan diri je)Lepas tu kitorang pon lari laju2 dengan kelajuan cahaya.Xkan la kitorang nak lari dengan kelajuan cahaya.Kitorang hanya manusia biasa je lah,bukannya superhero.Tapi memang kitorang lari laju giler sebab kitorang bayangkan yang kitorang dikejar anjing.Memang banyak gilerlah adrenalin yang badan aku hasilkan waktu tu.

Kitorang lari,lari dan terus lari sampailah dekat laluan ke bilik guru.Kitorang guna laluan kat bilik guru tu untuk pergi ke kelas.Warden tadi konfem tak dapat kejar sebab dia naik motor.kah!kah!kah!(kitorang ketawa dengan penuh sopan)Perjalan ke kelas diteruskan.Rasa penat la pulak lepas dah berlari beberapa puluh meter.

Kitorang pun terus berjalan,berjalan dan berjalan sampai ke kelas.Jadi kitorang kena fikirkan alasan ynag logik supaya x didenda oleh cikgu.

Macam2 alasan yang kitorang fikirkan supaya cikgu percaya.Kitorang cakap yang kitorang sakit perut sebab x sarapan,tolong cikgu angkat barang,tolong orang buta melintas jalan(yang ni macam x logik).
Las2,kitorang kena denda berdiri atas kerusi sampai masa cikgu tu habis....
Tapi kitorang x kisah sebab cikgu tu sayangkan kitorang sebab tu la dia denda kitorang..haha..

Pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini kalau korang lambat,korang pandai-pandailah pikir macam mana nak selamatkan diri korang.........