Thursday 28 April 2011

LeLucky

Semalam kawan aku mesej bende ni kat aku.Dia cakap dia ambik bende ni dalam novel yang die bace.Novel Syabab.Penulis die Fatimah Syarha.Tak taw la novel ape sebab aku x minat sangat bace novel.Bace komik minat la.

LELAKI


Dulu,


Bila disebut lelaki,


Wanitanya mendongak megah,


Lelaki kami Asadullah,Saifullah,


Tokoh kami ramai tak terkira,


Kini,


Bila disebut lelaki,


Wanitanya menunduk lemah,


Tokoh kami sedikit sekali,


Ramainya,boneka Yahudi.


Dulu,


Bila disebut lelaki,


Wanita tenang dihati,


Lelaki menjaga, melindungi,


Kini,


bila dsebut lelaki,


Wanita mahu mencabut lari,


Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.


Dulu,


Bila seorang wanita teraniaya,


Sepasukan kuda putih membela


Al-Mu'tasim kebanggan wanita,


Kini,


Ribuan wanita suci dipenjara,


Fatimah diperkosa minta dibela,


Lelaki tunduk tidak bertenaga,


Dulu,


Bila wanita di bawah jagaannya,


Lelaki memagari sehabis daya,


tiada siapa berani menggoda,


Kni,


Bila wanita di bawah jagaannya


Lelaki tidak kisah auratnya dibuka,


Wanitanya dibiar bebas,binasa.


Dulu,


Lelaki menggadai harta dan nyawa,


untuk mengangkat kemuliaan agama,


Kini,


Lelaki menggadai ketinggian agama,


Demi nafsu, dunia dan seisinya,


Dulu,


lelaki bermatian mencipta sejarah,


Kental berjihad, tekun berdakwah,


Kni,


Lelaki hanya menyanjungi sejarah,


Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,


Lelaki memperjuangkan agama dan ummah,


Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,


Kini,


Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,


Hingga sanggup membunuh.


Dulu,


Lelaki bersatu menghadapi musuh,


Angakatannya kuat dan teguh,


Kini,


Lelakinya berpuak dan berpecah,


Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,


Pada kelakianmu,


Kami rindukan lelaki dulu,


Acuan madrasah Rasul.






SRIKANDI

Lepas bace mesej nie.Aku pon balaslah "cool".Memang aku selalu bagi komem cool je kat semua orang.haha
Kawan aku nie pompuan la.Dalam banyak2 msj yang die antar kat budak laki,die cakap aku sorang je yang positif.Aku memang positif sokmo.Yang laen semua cam x puas hati je.
Sape yang suke bace novel,bacelah novel ni.Best kot.Tak taw la.......

So,sebagai lelucky,ape korang rase.

Tuesday 26 April 2011

Cool Video Clip(Malay Song)

Best..best..best..masa tengah u tubing,aku ada tengok beberapa video klip yang giler cool..Respek ah.Tapi tak banyak sangat la video klip lagu melayu yang cool.

Biasanya aku tengok video klip lagu melayu entah pape.Macam xde kaitan langsung dengan lagu.Kadang-kadang lagu best,tapi video klip x best.

 

Video klip lagu ganas KRU.Ganaz gak video klip ni.Memang cool la sebab KRU yang buat.


 
       
         Video klip ni pon agak cool dan comey.Mungkin video comey sebab ana rafali pon comey gak.haha.Tapi kawan aku kata ana rafali x comey....comey3x..


           Nice video clip.Best sebab KRU yang wat kot video ni.Lagu ni kan OST filem Karak.Ni video klip lagu Bandi Amuk yang paling best.lagu pon best jugak.
                                                 


                                            Ni pon best gak..

Monday 25 April 2011

Untitled

One word:
"Cool"

One advice:
"Take care"

One request:
"Be yourself"

One wish:
"Don't forget me"


One truth:
"I love you"

One lie:
"I hate you"

One success:
"Keep it up"

One failure:
"Don't give up"

One more:
"One more time"

Hari Bumi 2011


Selamat Hari Bumi aku ucapkan kepada bumiku yang tercinta.haha.Aku nak cite pasal Hari Bumi.Hari Bumi disambut pada 22 May.Hari bumi diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar.So,sebagai tanda aku sokong kempen hari bumi,aku tulis entri ni dengan tulisan warna hijau.

Bila kita bercakap tentang hari bumi,mesti ramai akan terfikir tentang global warming,pencemaran dan bencana-bencana yang berlaku disebabkan oleh masyarakat dunia itu sendiri.So,marilah kita sama-sama membantu bumi dengan pelbagai cara sekalipun agar bumi sentiasa hijau selamanya.



Gambar-gambar yang cool sempena Hari Bumi:






Monday 18 April 2011

Insomnia

Arghhh!!!Aku tak boleh nak tido.Tak mengantok pon.Aku rasa aku dah kena insomnia.Aku buat macam-macam supaya aku boleh tido.Aku dengar lagu yang mendayu-dayu spt lagu unintended(lagu muse),lagu boomerang(plain white t's),lagu-lagu jiwang yang menusuk kalbu,baca novel adik aku yang memang aku tak minat langsung nak baca,baca buku Biology,baca buku Sejarah.Biasanya kalau buku Bio dgn Sejarah masa skolah dulu terus je ngantok.Tapi tak boleh jugak tido..




Pastu aku pun google la pasal insomnia untuk membuat kajian ke atas diri sendiri sama ada aku memang kene insomnia atau tak.

Insomnia ni ialah susah untuk tidur atau tidur tidak lena dalam jangka masa sekurang-kurangnya sebulan.
(Aku baru je bbrapa hari xleh tido,so aku x kene la insomnia)

Insomnia boleh terjadi disebabkan oleh:
1.kopi
2.stress
3.alkohol

Tanda-tanda:
1.Susah untuk tidur malam.
2.Rasa penat pada waktu siang atau tidur pada waktu siang.
3.Terjaga banyak kali semasa tidur.
4.Tak rasa segar apabila bangun.

Tips untuk mudah tidur:
1.Jangan minum kopi..(minuman kegemaran aku)
2.Jangan tidur waktu siang lama-lama.Kalau tidur sekejap takpe kot.
3.Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
4.Tidur pada waktu sama pada setiap malam.

Lakukan benda-benda yang boleh me'relaks'kan badan macam membaca atau mandi sebelum tido.Elakkan menonton tv atau berada di depan komputer sebelum nak tido sebab mesti xleh tido punya kalau duduk depan komputer ber'facebooking' sampai pagi buta.....



Mungkin aku susah nak tidur sebab aku suka minum kopi kot.Aku suka sangat minum kopi lebih daripada milo,horlick,teh dan susu.Masa duk asrama dulu suka sangat minum kopi untuk berjaga malam.Study sampai pagi-pagi buta...I love coffee..


Jadi,aku rasa aku akan cuba tidur awal dan kurangkan minum coffee..

Sunday 17 April 2011

Takziah

                                         
                                             Hari ni aku dapat sms daripada kawan aku


                                   Katanya ayah kepada kawan kitorang ni dah meninggal dunia


                                        Ucapan takziah aku ucapkan untuk kau sekeluarga.

Tapi aku terfikir jugak camne keluarga dia tanpa ayah yang menjadi ketua keluarga.Mesti lain kan rasa hidup tanpa ayah.Yep,mesti berbeza giler.Terlalu berbeza.Tapi,hidup mesti diteruskan.Harap dia tabah menghadapi dugaan ni.

Saturday 16 April 2011

Kalau Cinta Semanis Lolipop

Azman berjalan ke kedai Kopi Janda Anak Satu untuk bertemu dengan sahabatnya.Ada hal penting yang ingin dibincangkan mereka.Setelah berjalan sejauh sebatang lolipop,dia sampai di tempat yang telah dijanjikan.

Maknanya jarak kedai itu dari rumahnya hanyalah 10 minit perjalanan kerana dia mengambil masa 10 minit untuk menghabiskan sebatang lolipop.Dia terus duduk di meja di luar kedai tersebut sebab di bahagian dalam kedai sesak.Dia duduk menghadap ke arah luar kedai itu.Ada seorang lelaki dalam linkungan 20-an duduk di meja sebelahnya.Berbaju kemeja hitam dan berseluar jeans serta berambut belah tepi.Agak hensem la jugak.

Terlalu ramai pelanggan.Entah kenapa begitu ramai pelanggan walaupun kedai Kopi Janda Anak Satu tidaklah segah Old Town White Coffee dan kedai-kedai kopi lain yang dah sedia famous.Mungkin nama kedai itu yang menarik perhatian orang yang lalu lalang kat situ.Mungkin janda-janda suka ke kedai tersebut.Mungkin juga ada yang ke kedai tersebut kerana ingin menolong pemilik kedai tersebut kerana kemungkinan pemilik kedai tersebut adalah janda anak satu.Sungguh baik masyarakat Malaysia.Tak perlulah nak tunggu Rancangan Bersamamu untuk datang membantu.

Azman masih lagi menunggu rakannya.Dari jauh matanya tertancap ke arah seorang gadis yang betul-betul menghadap ke arahnya walaupun gadis itu berada beberapa belas langkah darinya.Kurang jelas wajah gadis tersebut namun dia tahu gadis tersebut cantik sekali.Gadis bertudung bawal putih itu melambai-lambaikan tangannya.Dia membetulkan rambut pacaknya lalu membalas lambaian gadis bertudung bawal itu.Tangan gadis itu masih lagi dalam mod melambai-lambai sambil dia berjalan menuju ke arah Azman.Azman hanya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berlapi-lapis.

"Hi.Lama dah sampai?"tanya gadis bertudung bawal putih itu.

Sebelum Azman sempat membalas pertanyaan gadis itu,dia terdengar suara gadis di belakangnya.

"Hi.Tak lah.Baru je sampai,"gadis yang memakai shawl ala-ala Yuna menjawab.

Gadis bertudung bawal putih terus duduk di meja gadis yang memakai shawl ala-ala Yuna tu.Mungkin dia peminat fanatik Yuna kot.Barulah dia mengetahui yang gadis cantik bertudung bawal putih itu bukannya melambai ke arahnya.Dia tunduk malu kerana lelaki yang berada di meja sebelahnya memerhatikannya sambil tersenyum.Agak sinis senyuman tersebut.

Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya lalu mengeluarkan lolipop berperisa oren.Perlahan-lahan dia membuka pembalut lolipop yang berharga seposen sebatang itu.

"Mungkin orang anggap makan lolipop macam budak-budak.Memalukan kalau orang dewasa makan.Tapi aku tak kisah sebab aku suka makan lolipop,"Azman memulakan bicara.

"Sama jugak macam tadi.Ada gadis bertudung bawal putih melambai ke arah aku.Kalau dia betul-betul lambai ke arah aku dan aku tak lambai balik dekat dia,mesti dia malu kan.Lebih baik aku balas lambaian dia tadi agar dia tidak akan malu kalau dia betul melambai ke arah.Aku tak kisah,"dia berkata lagi sambil memandang ke arah lelaki yang duduk di meja sebelahnya sambil memasukkan lolipop ke dalam mulutnya.

"Aku faham.Pompuan memang complicated.Kita je yang nak kene jaga hati diorang.Macam awek aku ni.Janji nak datang jumpa aku.Lama aku tunggu tak datang-datang.Pastu aku kol dia tadi,dia marah-marah,"katanya sambil memandang ke arah Azman.

"Bang.Bang kene la paham.Ni kan awal bulan.Mungkin awek abang datang bulan kot.Sebab tu marah-marah.Ataupun ade jerawat batu tumbuh kat muka dia hari ni.Sebab tu die tak datang jumpa abang,"jawab Azman sambil menjilat-jilat lolipopnya..

"Mungkin jugak,"lelaki itu menjawab sambil menangguk-anggukkan kepalanya.

Pemuda itu terus ke kaunter untuk membayar minumannya,3 gelas kopi lalu terus beredar dari kedai Kopi Janda Anak Satu.

"Mungkin dia hendak pulng agaknya.Atau mungkin dia ke tandas sebab nak terkencing atau sakit perut.Nenek aku selalu je camtu.Suka sangat minum kopi.Lepas je minum mesti sakit perut nak buang air besar.Mungkin nenek aku elergik kopi kot.Aku selalu nasihatkan nenek aku supaya tak minum kopi sebab mempunyai kafein dan tidak elok bagi seseorang yang sudah menopaus kerana akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis.Tapi nenek aku tidak pernah percaya dengan kata-kata aku walaupun ianya fakta.Atau mungkin nenek aku ingat dia belum lagi menopaus agaknya,"kata Azman di dalam hatinya.

Sesekali dia memusingkan kepalanya memandang ke arah gadis bertudung bawal putih.Dia sempat juga memandang ke arah gadis yang seperti Yuna itu.

"Sya,u tau x i baru je putus dengan pakwe i semalam.Jantan semua same je.Masa mula2 kenal,cakap nak sehidup semati la,itu la,ini la.Hari-hari kol ckp i lap u u lap me la.Pastu cakap sanggup tangkap bom la,lempar tangan kat pedang la,lompat depan train la sanggup lakukan apa saja la macam lagu Bruno Mars tu.Lepas dah jumpa pompuan lain yang lagi cantik,mulalah tinggalkan awek lama,"kata gadis yang berimej seakan-akan Yuna itu.

"Kesian kat awak.Tapi saya rasa bukan semua lelaki camtu.Mesti ada lelaki yang akan menyayangi kita seadanya.Saya harap sangat saya dapat jumpa lelaki camtu nanti,"jawab Sya lembut.

"Euwww.Gediknya budak yang klon Yuna tu.Tudung je cantik macam Yuna,tapi gedik giler.Patut la kena tinggal dengan pakwe,"dia hanya bermonolog di dalam hatinya kerana dia tidak mahu mereka mendengarnya.

"Tapi yang pakai tudung bawal tu baik je aku tengok,dah la kiut,suara lembut,"dia meneruskan monolog dalamannya.

Beberapa puluh saat kemudian,dia ternampak seorang remaja datang ke arahnya.Remaja yang seusianya yang memakai t-shirt hitam yang tertulis "Saya Sayang Mak Saya.Adakah Anda Sayang Mak Anda?"Itulah kawan Azman yang ditunggunya dari tadi..



bersambung.......................