Thursday 28 April 2011

LeLucky

Semalam kawan aku mesej bende ni kat aku.Dia cakap dia ambik bende ni dalam novel yang die bace.Novel Syabab.Penulis die Fatimah Syarha.Tak taw la novel ape sebab aku x minat sangat bace novel.Bace komik minat la.

LELAKI


Dulu,


Bila disebut lelaki,


Wanitanya mendongak megah,


Lelaki kami Asadullah,Saifullah,


Tokoh kami ramai tak terkira,


Kini,


Bila disebut lelaki,


Wanitanya menunduk lemah,


Tokoh kami sedikit sekali,


Ramainya,boneka Yahudi.


Dulu,


Bila disebut lelaki,


Wanita tenang dihati,


Lelaki menjaga, melindungi,


Kini,


bila dsebut lelaki,


Wanita mahu mencabut lari,


Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.


Dulu,


Bila seorang wanita teraniaya,


Sepasukan kuda putih membela


Al-Mu'tasim kebanggan wanita,


Kini,


Ribuan wanita suci dipenjara,


Fatimah diperkosa minta dibela,


Lelaki tunduk tidak bertenaga,


Dulu,


Bila wanita di bawah jagaannya,


Lelaki memagari sehabis daya,


tiada siapa berani menggoda,


Kni,


Bila wanita di bawah jagaannya


Lelaki tidak kisah auratnya dibuka,


Wanitanya dibiar bebas,binasa.


Dulu,


Lelaki menggadai harta dan nyawa,


untuk mengangkat kemuliaan agama,


Kini,


Lelaki menggadai ketinggian agama,


Demi nafsu, dunia dan seisinya,


Dulu,


lelaki bermatian mencipta sejarah,


Kental berjihad, tekun berdakwah,


Kni,


Lelaki hanya menyanjungi sejarah,


Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,


Lelaki memperjuangkan agama dan ummah,


Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,


Kini,


Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,


Hingga sanggup membunuh.


Dulu,


Lelaki bersatu menghadapi musuh,


Angakatannya kuat dan teguh,


Kini,


Lelakinya berpuak dan berpecah,


Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,


Pada kelakianmu,


Kami rindukan lelaki dulu,


Acuan madrasah Rasul.






SRIKANDI

Lepas bace mesej nie.Aku pon balaslah "cool".Memang aku selalu bagi komem cool je kat semua orang.haha
Kawan aku nie pompuan la.Dalam banyak2 msj yang die antar kat budak laki,die cakap aku sorang je yang positif.Aku memang positif sokmo.Yang laen semua cam x puas hati je.
Sape yang suke bace novel,bacelah novel ni.Best kot.Tak taw la.......

So,sebagai lelucky,ape korang rase.

2 comments: