Saturday 16 April 2011

Kalau Cinta Semanis Lolipop

Azman berjalan ke kedai Kopi Janda Anak Satu untuk bertemu dengan sahabatnya.Ada hal penting yang ingin dibincangkan mereka.Setelah berjalan sejauh sebatang lolipop,dia sampai di tempat yang telah dijanjikan.

Maknanya jarak kedai itu dari rumahnya hanyalah 10 minit perjalanan kerana dia mengambil masa 10 minit untuk menghabiskan sebatang lolipop.Dia terus duduk di meja di luar kedai tersebut sebab di bahagian dalam kedai sesak.Dia duduk menghadap ke arah luar kedai itu.Ada seorang lelaki dalam linkungan 20-an duduk di meja sebelahnya.Berbaju kemeja hitam dan berseluar jeans serta berambut belah tepi.Agak hensem la jugak.

Terlalu ramai pelanggan.Entah kenapa begitu ramai pelanggan walaupun kedai Kopi Janda Anak Satu tidaklah segah Old Town White Coffee dan kedai-kedai kopi lain yang dah sedia famous.Mungkin nama kedai itu yang menarik perhatian orang yang lalu lalang kat situ.Mungkin janda-janda suka ke kedai tersebut.Mungkin juga ada yang ke kedai tersebut kerana ingin menolong pemilik kedai tersebut kerana kemungkinan pemilik kedai tersebut adalah janda anak satu.Sungguh baik masyarakat Malaysia.Tak perlulah nak tunggu Rancangan Bersamamu untuk datang membantu.

Azman masih lagi menunggu rakannya.Dari jauh matanya tertancap ke arah seorang gadis yang betul-betul menghadap ke arahnya walaupun gadis itu berada beberapa belas langkah darinya.Kurang jelas wajah gadis tersebut namun dia tahu gadis tersebut cantik sekali.Gadis bertudung bawal putih itu melambai-lambaikan tangannya.Dia membetulkan rambut pacaknya lalu membalas lambaian gadis bertudung bawal itu.Tangan gadis itu masih lagi dalam mod melambai-lambai sambil dia berjalan menuju ke arah Azman.Azman hanya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berlapi-lapis.

"Hi.Lama dah sampai?"tanya gadis bertudung bawal putih itu.

Sebelum Azman sempat membalas pertanyaan gadis itu,dia terdengar suara gadis di belakangnya.

"Hi.Tak lah.Baru je sampai,"gadis yang memakai shawl ala-ala Yuna menjawab.

Gadis bertudung bawal putih terus duduk di meja gadis yang memakai shawl ala-ala Yuna tu.Mungkin dia peminat fanatik Yuna kot.Barulah dia mengetahui yang gadis cantik bertudung bawal putih itu bukannya melambai ke arahnya.Dia tunduk malu kerana lelaki yang berada di meja sebelahnya memerhatikannya sambil tersenyum.Agak sinis senyuman tersebut.

Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya lalu mengeluarkan lolipop berperisa oren.Perlahan-lahan dia membuka pembalut lolipop yang berharga seposen sebatang itu.

"Mungkin orang anggap makan lolipop macam budak-budak.Memalukan kalau orang dewasa makan.Tapi aku tak kisah sebab aku suka makan lolipop,"Azman memulakan bicara.

"Sama jugak macam tadi.Ada gadis bertudung bawal putih melambai ke arah aku.Kalau dia betul-betul lambai ke arah aku dan aku tak lambai balik dekat dia,mesti dia malu kan.Lebih baik aku balas lambaian dia tadi agar dia tidak akan malu kalau dia betul melambai ke arah.Aku tak kisah,"dia berkata lagi sambil memandang ke arah lelaki yang duduk di meja sebelahnya sambil memasukkan lolipop ke dalam mulutnya.

"Aku faham.Pompuan memang complicated.Kita je yang nak kene jaga hati diorang.Macam awek aku ni.Janji nak datang jumpa aku.Lama aku tunggu tak datang-datang.Pastu aku kol dia tadi,dia marah-marah,"katanya sambil memandang ke arah Azman.

"Bang.Bang kene la paham.Ni kan awal bulan.Mungkin awek abang datang bulan kot.Sebab tu marah-marah.Ataupun ade jerawat batu tumbuh kat muka dia hari ni.Sebab tu die tak datang jumpa abang,"jawab Azman sambil menjilat-jilat lolipopnya..

"Mungkin jugak,"lelaki itu menjawab sambil menangguk-anggukkan kepalanya.

Pemuda itu terus ke kaunter untuk membayar minumannya,3 gelas kopi lalu terus beredar dari kedai Kopi Janda Anak Satu.

"Mungkin dia hendak pulng agaknya.Atau mungkin dia ke tandas sebab nak terkencing atau sakit perut.Nenek aku selalu je camtu.Suka sangat minum kopi.Lepas je minum mesti sakit perut nak buang air besar.Mungkin nenek aku elergik kopi kot.Aku selalu nasihatkan nenek aku supaya tak minum kopi sebab mempunyai kafein dan tidak elok bagi seseorang yang sudah menopaus kerana akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis.Tapi nenek aku tidak pernah percaya dengan kata-kata aku walaupun ianya fakta.Atau mungkin nenek aku ingat dia belum lagi menopaus agaknya,"kata Azman di dalam hatinya.

Sesekali dia memusingkan kepalanya memandang ke arah gadis bertudung bawal putih.Dia sempat juga memandang ke arah gadis yang seperti Yuna itu.

"Sya,u tau x i baru je putus dengan pakwe i semalam.Jantan semua same je.Masa mula2 kenal,cakap nak sehidup semati la,itu la,ini la.Hari-hari kol ckp i lap u u lap me la.Pastu cakap sanggup tangkap bom la,lempar tangan kat pedang la,lompat depan train la sanggup lakukan apa saja la macam lagu Bruno Mars tu.Lepas dah jumpa pompuan lain yang lagi cantik,mulalah tinggalkan awek lama,"kata gadis yang berimej seakan-akan Yuna itu.

"Kesian kat awak.Tapi saya rasa bukan semua lelaki camtu.Mesti ada lelaki yang akan menyayangi kita seadanya.Saya harap sangat saya dapat jumpa lelaki camtu nanti,"jawab Sya lembut.

"Euwww.Gediknya budak yang klon Yuna tu.Tudung je cantik macam Yuna,tapi gedik giler.Patut la kena tinggal dengan pakwe,"dia hanya bermonolog di dalam hatinya kerana dia tidak mahu mereka mendengarnya.

"Tapi yang pakai tudung bawal tu baik je aku tengok,dah la kiut,suara lembut,"dia meneruskan monolog dalamannya.

Beberapa puluh saat kemudian,dia ternampak seorang remaja datang ke arahnya.Remaja yang seusianya yang memakai t-shirt hitam yang tertulis "Saya Sayang Mak Saya.Adakah Anda Sayang Mak Anda?"Itulah kawan Azman yang ditunggunya dari tadi..



bersambung.......................

No comments:

Post a Comment