Friday 1 April 2011

Hari Ini Hari Jumaat

Hari ni hari Jumaat.

Aku nak cerita pasal dekat masjid tadi.Aku pergi solat Jumaat sebab hari ni hari Jumaat.Semasa aku sedang solat Jumaat,kekusyukan solat aku diganggu oleh budak-budak kecik yang solat dekat belakang.(Budak-budak tu bukan solat pun,maen je lebih)Budak-budak tu buat bising sampailah habis solat.

Selepas je habis solat,budak-budak tu buat bising lagi.Aku terdengar perbualan budak-budak kat belakang.

"Kau tu tak sembahyang pun,lepas tu buat bising pulak tu"kata budak berbaju melayu biru.

"Aku tak pe la.Aku tak baligh lagi.Kau tu cakap dah baligh tapi tak sembahyang"kata budak yang pakai baju Ben 10.(macam budak kecik.mungkin sebab dia tak baligh lagi kot)

"Aku nampak budak baju hitam dekat hujung tu pun tak sembahyang jugak"kata budak rambut belah tepi.(Aku tak faham apa motif dia cakap macam tu)

Bukan budak tiga orang ni je yang bising,tapi ramai lagi la budak-budak yang bising.Pastu aku nampak pak cik kat depan aku tu pandang budak-budak kat belakang.Aku rasa dia bengang dengan budak-budak tu kot.

Pastu aku nampak la mulut dia terkumat-kamit.Aku tak tahulah dia cakap apa.Mungkin dia tengah menyumpah budak-budak tu dengan penuh sopan.Atau mungkin dia tengah mendoakan agar budak-budak tu mendapat hidayah.(aku rasa yang ni la kot)

Kalau aku jadi bapak budak-budak yang buat bising tu,aku akan denda diorang supaya diorang insaf dan tak buat bising lagi.Antara denda-denda yang akan aku bagi dekat diorang:

1.Suruh diorang tulis "aku tak akan buat bising lagi dekat masjid dan ganggu orang lain solat walaupun aku belum baligh lagi".Pastu suruh diorang post dekat wall facebook diorang.Diorang pasti akan insaf lepas baca komen-komen negatif yang bakal ditulis oleh kawan-kawan diorang.

2.Suruh diorang tulis karangan 4 mukasurat bertajuk"Kesan-kesan Buruk Buat Bising Di Masjid" dan suruh diorang hantar dekat cikgu Bahasa Melayu diorang.

3.Kalau aku jadi bapak kepada budak yang pakai baju Ben 10 tu,aku tak bagi dia tengok cerita Ben 10 sampailah dia baligh.Maksud aku samapai budak tu sedar akan kesalahannya.

Tak salah budak-budak kecik nak pergi solat dekat masjid.Memang tak salah.Tapi mak dan ayah mereka kenalah beri nasihat dekat anak-anak mereka supaya tak buat bising di masjid.Pergilah solat Jumaat pada hari Jumaat.

No comments:

Post a Comment