Tiba-tiba aku teringat zaman muda-muda aku.Maksud aku zaman persekolahan aku la.Dah beberapa bulan aku tinggalkan zaman persekolahan.Rindu gler..Masa sekolah x sabar2 nak habis sekolah cepat2,dah habis sekolah rindu pulak..
Aku nak cerita pasal lewat masuk kelas atau ponteng kelas.Aku selalu jugak la lambat masuk kelas.Ponteng kelas tu kadang-kadang je.Tu pun kalau keadaan memaksa aku berbuat demikian.haha.
Jangan lewat pergi kelas ataupun ponteng kelas sebab nanti cikgu korang akan benci korang.Bukannya tak boleh nak pergi kelas lewat atau ponteng kelas.Boleh.Aku pun selalu jugak buat bende2 macam ni(Tapi kepada pelajar yang skema dan asyik berkepit dengan buku je 24 jam,tak sesuai bagi mereka untuk melakukan perkara2 kurang sihat ini)
Kalau nak pergi lewat ke kelas atau pun ponteng kelas,kenalah rancang strategi dulu.Kenalah bagi alasan yang logik kat cikgu sebab sekarang cikgu2 semuanya dah maju.Maklumlah zaman dah berubah,dunia dah maju,cikgu pun dah maju skali.Kalau setakat alasan2 budak skolah rendah macam sakit perut,tolong cikgu angkat barang,ingatkan ari ni ari sabtu,sibuk jaga anak bini kat umah,tolong orang tua lintas jalan(aku rasa alasan ni nampak matang sikit),memang tak boleh la nak tipu cikgu.
Tapi ari tu aku lambat pergi sekolah dan lambat masuk kelas.Cikgu tu pun tanyelah kenapa aku lambat.Pastu aku cakap la kereta ayah aku rosak,hantar kat bengkel.Cikgu tu pun suruh aku duduk dan beliau langsung x marah aku sebab dia ingatkan aku datang skolah naik kereta ayah aku.Padahal aku pergi skolah naik kereta mak aku,bukannya kereta ayah aku.Kereta ayah aku tu rosak dua hari lepas la.Aku lewat pergi sekolah pasal aku bangun lewat,tak ade kaitan langsung dengan kereta ayah aku yang rosak.
Pengajaran:Tak baik la ponteng kelas......
No comments:
Post a Comment