Monday 18 April 2011

Insomnia

Arghhh!!!Aku tak boleh nak tido.Tak mengantok pon.Aku rasa aku dah kena insomnia.Aku buat macam-macam supaya aku boleh tido.Aku dengar lagu yang mendayu-dayu spt lagu unintended(lagu muse),lagu boomerang(plain white t's),lagu-lagu jiwang yang menusuk kalbu,baca novel adik aku yang memang aku tak minat langsung nak baca,baca buku Biology,baca buku Sejarah.Biasanya kalau buku Bio dgn Sejarah masa skolah dulu terus je ngantok.Tapi tak boleh jugak tido..




Pastu aku pun google la pasal insomnia untuk membuat kajian ke atas diri sendiri sama ada aku memang kene insomnia atau tak.

Insomnia ni ialah susah untuk tidur atau tidur tidak lena dalam jangka masa sekurang-kurangnya sebulan.
(Aku baru je bbrapa hari xleh tido,so aku x kene la insomnia)

Insomnia boleh terjadi disebabkan oleh:
1.kopi
2.stress
3.alkohol

Tanda-tanda:
1.Susah untuk tidur malam.
2.Rasa penat pada waktu siang atau tidur pada waktu siang.
3.Terjaga banyak kali semasa tidur.
4.Tak rasa segar apabila bangun.

Tips untuk mudah tidur:
1.Jangan minum kopi..(minuman kegemaran aku)
2.Jangan tidur waktu siang lama-lama.Kalau tidur sekejap takpe kot.
3.Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
4.Tidur pada waktu sama pada setiap malam.

Lakukan benda-benda yang boleh me'relaks'kan badan macam membaca atau mandi sebelum tido.Elakkan menonton tv atau berada di depan komputer sebelum nak tido sebab mesti xleh tido punya kalau duduk depan komputer ber'facebooking' sampai pagi buta.....



Mungkin aku susah nak tidur sebab aku suka minum kopi kot.Aku suka sangat minum kopi lebih daripada milo,horlick,teh dan susu.Masa duk asrama dulu suka sangat minum kopi untuk berjaga malam.Study sampai pagi-pagi buta...I love coffee..


Jadi,aku rasa aku akan cuba tidur awal dan kurangkan minum coffee..

No comments:

Post a Comment